SPRM tinjau loji air di Semporna

SEMPORNA 12 Okt. – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad tiba di loji bekalan air Kampung Sungai Intan bagi meninjau keadaan infrastruktur rakyat itu yang mendapat banyak aduan kerana tidak beroperasi walaupun telah siap sepenuhnya.

Loji berkenaan merupakan antara projek yang disiasat SPRM kerana dipercayai dana yang telah diperuntukkan untuk membinanya telah diseleweng oleh pihak tertentu melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara tahun 2009 hingga 2015.

Ketibaan beliau ke loji berkenaan pada pukul 11.30 pagi ini disambut oleh penduduk kampung Sungai Intan yang teraniaya disebabkan kegagalan projek berkenaan.

Mereka turut mengangkat banting menyeru SPRM menjalankan siasatan serta membuat aduan terus kepada Dzulkifli tentang masalah yang berlaku. – UTUSAN ONLINE

[insert_posts query_type=”posts” posts=”27925″ num=”1″]

Berita Berkaitan :

Loading...
arrow