Status Pertambahan 13 Kerusi DUN Sabah

13 Kerusi Dun Baru Sabah

KENYATAAN MEDIA

Tan Sri Sukarti Wakiman,
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
28 March 2018

STATUS PERTAMBAHAN 13 KERUSI DUN SABAH

Susulan daripada cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mendapat kelulusan DUN Sabah, Kerajaan Negeri telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk dilaksanakan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya peringkat kawasan Parlimen dengan cadangan pertambahan kawasan.

Antara asas dan pertimbangan cadangan tersebut adalah:

  1. Tempoh 15 tahun sejak kali terakhir persempadanan dan pertambahan kawasan Parlimen di Sabah dilaksanakan pada tahun 2003;
  2. Keperluan untuk menambah jumlah perwakilan Sabah dalam Parlimen sejajar dengan status dan kedudukan Sabah dalam Persekutuan Malaysia;
  3. Keluasan luar biasa sesetengah kawasan Parlimen di Sabah termasuk melebihi saiz beberapa negeri di Semenanjung Malaysia;
  4. Peningkatan keberkesanan khidmat kepada rakyat dengan saiz kawasan yang sewajarnya mengambil kira sempadan pentadbiran daerah dan perwakilan rakyat di peringkat Parlimen.

Kerajaan Negeri difahamkan bahawa permohonan tersebut sedang dalam proses kajian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sehubungan itu, pelaksanaan persempadanan dan pertambahan 13 kawasan baharu DUN Sabah dijangka dibentangkan di Parlimen secara serentak, bersekali dengan cadangan persempadanan dan pertambahan kawasan Parlimen, setelah selesai kajian dilaksanakan oleh SPR.

** Ini bermakna pada PRU14 ini tiada pertambahan 13 kerusi kawasan baharu DUN Sabah kerana SPR masih menjalankan kajian persempadanan kawasan Parlimen.

Loading...

Leave a Reply

Discussion

  1. Aaron Fernando

    This is just one of the current government’s lame tactics to ensure that no new state seats will jeopardize their chances of winning PRU14. They still very much guard Sabah as their main fixed deposit.

arrow