Sumandak Sabah jadi Perhatian Netizen

Sumandak-Sabah-Jadi-perhatian-netizen.jpg

Tracie Sinidol berusia 16 tahun jadi perhatian pengguna media sosial

Sumandak Sabah jadi Perhatian Netizen

Ketika Pertandingan Unduk Ngadau baharu saja melabuhkan tirainya

[dropcap color=”#1e73be”]G[/dropcap]ambar Sumandak Sabah terus jadi perhatian netizen sejak ia dikongsi secara meluas di media sosial beberapa hari lepas.

Sebuah laman media sosial Malaysian Beauty Pageant Fan Club yang pertama memuatnaik gambar itu di media sosial, terus mendapat sambutan dan sehingga ini sudah lebih 8,000 kali dikongsi mendapat 35,000 Likes serta lebih 2,000 komen.

Siapakah gadis Sabah yang tiba-tiba menjadi Viral ini ?

Nama : Tracie Sinidol
Umur: 16 tahun
Asal : Tenom, Sabah

“Memang cantik , Miss World material sangat. Begini punya cantik siapa manager dia please didik dia betul-betul. Kalau Join Unduk Ngadau lagi fuhhhh!,” antara kata-kata semangat buat gadis yang difahamkan berdarah kacukan Dusun dan Murut.

Sementara itu sebuah portal hiburan atas talian yang popular di negara ini turut berkongsi gambar gadis Sabah ini yang dikatakan wajahnya iras-iras seperti wajah pelakon dan pengacara tanahair Mira Filzah serta pelakon, penyanyi dan model Diana Danielle.

Wajah Tracie Sinidol dikatakan iras-iras seperti wajah Mira Filzah

Terdapat juga pendapat yang mengatakan wajah Anak Sabah ini ala-ala orang Korea.

Apapun kepada adik Tracie Sinidol dengan publisiti yang cukup besar di media sosial ini, ia secara tidak langsung akan menarik perhatian pihak -pihak tertentu untuk membuat tawaran tertentu dan kami ucapkan selamat berjaya.

Koleksi gambar Tracie Sinidol Hak Milik Facebook Annie Petrus Photography  & Instagram Annie Petrus

“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. kecantikan akan dilihat pada akhlak dan agama. Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya” Sekadar Perkongsian

Artikel Berkaitan:

Loading...
scroll to top