Suratkhabar siar Notis Kebankrapan Jeffrey Kitingan

Suratkhabar-siar-Notis-Kebankrapan-Jeffrey-Kitingan.jpg

KOTA KINABALU – Tinggal 3 hari lagi sebelum penamaan calon pilihan raya umum ke-14 (PRU-14)  pada 28 April ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dikejutkan dengan notis kebankrapan yang disiarkan dalam dua suratkhabar.

Dalam notis yang disiarkan oleh akhbar New Sabah Times dan Daily Express pada 24 April, Dr. Jeffrey diberikan tujuh hari bermula hari ini untuk membayar sejumlah RM480,408.50 kepada ahli perniagaan James Lee Yau Cheong sejajar dengan keputusan Mahkamah Sesyen pada 9 Mac, 2018.

Notis muflis dikeluarkan atas nama Datuk Dr. Gapari Bin Katingan @Geofrrey Kitingan, nama dalam MyKad Dr. Jeffrey.

Ketika dihubungi, Jeffrey yang merupakan presiden STAR Sabah, berkata bahawa beliau telah meminta peguamnya mengambil tindakan yang perlu untuk mengetepikan notis muflis.

“Saya tidak percaya ia akan menjejaskan rancangan saya untuk bertanding dalam pilihan raya. Peguam saya mengambil tindakan yang perlu.

“Perkara seperti ini biasa berlaku sebelum pilihan raya,” katanya, sambil menambah bahawa partinya sudah bersedia untuk pemilihan.

Jeffrey berkata beliau merancang untuk berpindah dari kerusi DUN Bingkor untuk bertanding untuk kerusi Tambunan yang dipegang oleh abangnya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang merupakan presiden Parti Bersatu Sabah sejak tahun 1976.

Beliau juga bercadang untuk bertanding di kerusi parlimen Keningau.

STAR Sabah adalah sebahagian daripada parti perikatan gabungan empat parti pembangkang yang akan mencabar Barisan Nasional.

Loading...
scroll to top