Suspek dicari polis ditemukan mati gantung diri di Tongod

Kes-Gantung-Diri.jpg

Kes Gantung Diri

KINABATANGAN: Suspek yang dicari polis akibat mencederakan isteri ditemukan mati gantung diri di atas pokok di tepi Sungai Ulu Penangah, Tongod pada Petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah, Superintendan A.Sahak Rahmat berkata, pihak polis telah menerima panggilan dari orang awam mengenai penemuan mayat lelaki tergantung di atas pokok di tepi sungai berkenaan kira-kira jam 3.30 petang.

“Pihak polis telah menurunkan mayat lelaki berkenaan dan dibawa ke jeti Sungai Penangah,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan mayat mangsa berumur 42 tahun dan merupakan suspek yang dicari polis berhubung kes di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumahtangga yang berlaku pada 13 Ogos 2018.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Kinabatangan untuk bedah siasatan,” katanya.

Sahak berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Dalam kejadian jam 1 petang Isnin lepas, isteri suspek mengalami kecederaan akibat dibaling dengan tombak sawit selepas menegur suaminya agar jangan minum-minunan keras di Kampung Penangah, Tongod.

Mangsa berumur 36 tahun mengalami kecederaan di bahagian betis kaki kanan dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pinangah dan telah dirujuk ke Hospital Daerah Telupid untuk rawatan lanjut.

Isteri suspek kemudiannya ke Balai Polis Tongod untuk membuat laporan berkenaan pada 9.42 pagi Rabu berhubung kejadian tersebut.

Loading...
scroll to top