Inilah SUV Pertama PROTON

SUV-Pertama-PROTON.jpg

SUV Pertama PROTON

KUALA LUMPUR: Kumpulan DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) dan Zheijiang Geely Holding Group (Geely Holding) menandatangani Perjanjian Definitif yang memuktamadkan persetujuan kedua-dua pihak sebagai rakan strategik bagi menjual 49.9 peratus saham PROTON Holdings Bhd (PROTON).

Perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Pengerusi Geely Holding, Liu Shufu, dengan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan; Wakil Khas Kerajaan Malaysia ke China, Tan Sri Ong Ka Ting; Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang dan Pengerusi DRB-HICOM, Tan Sri Dr Mohd Khamil Jamil.

Najib turut merasmikan kenderaan utiliti sukan (SUV) milik Geely Holdings, Geely Boyue. Ia akan menjadi SUV pertama PROTON yang dipasang di kilang PROTON Tanjung Malim, Perak.

Perjanjian hari ini membolehkan PROTON mendapat akses terhadap pelbagai platform dan enjin menerusi Geely Holding, selain menembusi pasaran sedia ada pembuat kenderaan China itu, termasuk pasaran kereta pemanduan kanan di Asia Tenggara. DRB-HICOM kekal menjadi pemegang saham majoriti dalam PROTON dengan 50.1 peratus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top