Tambunan Tuan Rumah Pelancaran Pesta Kaamatan 2017

Tambunan-Tuyan-Rumah-Pelancaran-Pesta-Kaamatan-2017.jpg

KOTA KINABALU: Daerah Tambunan dipilih sebagai tuan rumah bagi majlis pelancaran Pesta Kaamatan pada 1 Mei nanti bertempat di Pisompuruan Square.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata daerah yang terletak kira-kira 80 kilometer daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu itu dipilih sempena Tahun Melawat Tambunan 2017.

“Majlis pelancaran dijangka dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Dr HajiJuhar Haji Mahiruddin.

“Jawatankuasa memilih tema ‘Kaamatan Asas Perpaduan’ atau dalam bahasa setempat ‘Kaamatan Impowon Pisompuruan’ bagi pesta tahun ini yang dilihat bersesuaian dengan peranan perayaan yang dianggap sebagai saluran untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Sabah,” jelas Pairin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan mesyuarat itu di sini, pada Jumaat.

Tambah beliau, kemuncak sambutan akan diadakan di Hongkod Koisaan KDCA di Penampang pada 30 dan 31 Mei dengan pelbagai acara termasuk persembahan kebudayaan kaum Kadazandusun.

Katanya, sebanyak 14 jawatankuasa termasuk jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk melancarkan persiapan menyambut pesta itu.

“Kita berterima kasih kepada jawatankuasa yang memberi sumbangan dari segi tenaga dan idea bagi memastikan pelaksaanaan Perayaan Pesta Kaamatan setiap tahun, begitu juga dengan kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan untuk menganjurkan perayaan yang sangat penting bagi kaum Kadazandusun kerana ia merupakan simbol perpaduan masyarakat majmuk di negeri ini,” katanya.

Beliau juga berharap agar segenap lapisan masyarakat dapat bersama-sama mengembangkan industri pelancongan yang menjadi pemangkin ekonomi negeri Sabah serta meneroka tempat menarik yang bukan sahaja di Bandar tetapi juga di kawasan pendalaman yang dapat memberi impak besar terhadap ekonomi negeri Sabah.

“Majlis pelancaran dijangka dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Dr HajiJuhar Haji Mahiruddin.

AJK Induk Pesta Kaamatan Peringkat negeri Sabah tahun 2017

Loading...
scroll to top