Tragedi Asia City: Sebutan Semula Kes 14 Mac Depan

Tragedi Asia City – Pembunuhan seorang remaja lelaki

KOTA KINABALU: Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mohd. Azmin Lidin, 29 yang didakwa membunuh seorang remaja lelaki pada disember lalu.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menetapkan 14 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut sementara menunggu laporan kimia dan beberapa dokumen yang berkaitan.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Azmin dari Kampung Cenderamata Likas didakwa telah membunuh Yaacob Nasran, 18, di Siam Thai Bar, Jalan Asia City di sini antara pukul 3.30 pagi hingga 4.30 pagi pada 15 Disember lalu.

Mohd. Azmin akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Rasydan Jasni. Manakala tertuduh diwakili oleh Peguam Datuk Rakhbir Singh.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow