Van, Innova Bertembung di Kota Belud

Kota Belud

KOTA BELUD, 18/12/2016 – Satu kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu sebuah  Van jenis Nissan dan Toyota Innova  berlaku dekat  Taman Nikmat di sini pagi tadi.

Difahamkan van berkenaan dalam perjalanan menghala ke Kota Belud sementara Toyota Innova dalam perjalanan ke Kota Kinabalu sebelum bertembung di lokasi kejadian.

TOYOTA Innova yang terlibat dalam kemalangan
TOYOTA Innova yang terlibat dalam kemalangan

Bagaimanapun kedua-dua pemandu hanya mengalami kecederaan ringan dan telah di hantar ke hospital Kota Belud bagi mendapatkan rawatan lanjut menggunakan Jentera EMRS milik Bomba. Punca kejadian masih disiasat.

Sementara itu kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk  sepanjang jalan dari bulatan Lebak Moyoh hingga ke jalan Kelawat. -Suara Masyarakat Sabah

Berita selanjutnya akan dikemaskini

Loading...

Leave a Reply

arrow