Video Pengguna dikasari Peniaga di KK Jadi Tular

Bertindak atas aduan yang diterima daripada seorang pengguna pada 5 Oktober 2017, Cfos telah mengambil tindakan susulan dan telah pergi ke kedai *Never Close Mini Mart di Api-Api Centre* untuk pemantauan dan mengambil bukti.

Jadilah Pengguna Bijak – Kempen oleh Consumers Front of Sabah -cfos

Setelah mengenalpasti produk yang diadu pengguna, Setiausaha Agung Consumers Front of Sabah ( Cfos ) iaitu Puan Hashima telah bertindak membeli produk tersebut iaitu 1 paket minyak masak yang tertera padanya harga RM2.50.

Setelah membayar, didapati pada resit harga yang dikenakan adalah RM3.00 sepaket. Pn. Hashima telah mempertikaikan harga ini dan pekedai telah meminta semula resit pembayaran yang telah diberikan kepada pn. Hashima. Apabila enggan menyerahkan resit itu, pekedai telah bertindak agresif dengan merampas resit itu daripada tangan Pn. Hashima lalu mencampak wang RM3 kepadanya sambil memarahinya kerana merakam video/gambar.

Pekedai telah mencabar pn. Hashima utk memanggil bapak dan seluruh keluarga kerana dia tidak takut dan berkata *kau belum kenal sy siapa lagi* sambil mengambil gambar puan Hashima pekedai itu berkata lagi *kau tengok lah kau punya muka nanti!*

Pn. Hashima telah bertindak memanggil pihak polis dan telah membuat laporan polis di IPD Kota Kinabalu. Kes juga akan dirujuk kpd KPDNKK.

Sehingga artikel ini diterbitkan video yang dimuatnaik di media sosial itu sudah melebihi 200 ribu tontonan, Untuk mengetahui lebih lanjut LIKE Facebook KLIK SINI

Loading...
scroll to top