Warisan harus tumpu pentadbiran Sabah, bukan pada Musa Aman

Hajiji-Noor.jpg

PEMIMPIN Parti Warisan Sabah sepatutnya harus menumpukan perhatian kepada pentadbiran baharu kerajaan Sabah dan bukannya mengganggu kerja polis menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, kata ketua perhubungan Umno Sabah, Datuk Hajiji haji Noor.

Shafie Apdal, Ajis Jamman, Loretta Padua, VK Liew dan pemimpin Warisan lain sepatutnya berhenti mengganggu agensi penguatkuasa menjalankan siasatan dan memberitahu mereka bagaimana untuk melakukan tugas mereka.

Beliau berkata Warisan sepatutnya menumpukan untuk memenuhi manifesto dan janji 100-hari meletakkan Sabah di landasan yang betul.

Baru-baru ini beberapa pemimpin Warisan cenderung mengeluarkan kenyataan yang menekan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman secara adil dan tidak memihak kepada sesiapa. Mereka mendakwa pihak berkuasa memberi layanan istimewa kepada Adun Sungai Sibuga itu.

Musa sedang disiasat oleh pihak polis kononnya beliau melakukan intimidasi jenayah ketika mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah.

POLIS sepatutnya menahan bekas ketua menteri Sabah Musa Aman sebelum membenarkannya untuk mendapatkan rawatan perubatan

—Loretto Padua Setiausaha Agung Warisan [Pautan]

“Sekarang mereka menuduh pihak berkuasa memberi layanan khas , memberitahu mereka apa prosedur operasi standard yang perlu dilakukan oleh agensi penguatkuasa”

Hajiji berkata ia kelihatan seperti Warisan mahu prosedur operasi standard mengikut kemahuan mereka. Usaha mereka (pemimpin Warisan) dilihat bukan untuk keadilan tetapi membalas dendam.

“Berdasarkan serangan yang tidak henti-henti ini, pemimpin Warisan nampaknya takut pada bayang-bayang mereka sendiri. Mungkin mereka takut kepulangan Musa”

Hajiji berkata kepulangan Musa menyebabkan Warisan kelihatan begitu cemas sehingga menggunakan pelbagai taktik kotor termasuk dakwaan dari seorang timbalan menteri mengatakan bahawa Musa tidak sakit tetapi sebaliknya bercuti di Phuket.

Berita Berkaitan
Loading...
scroll to top