Cium Mulut Murid ‘Ustaz Danny’ Dipenjara 20 Tahun

Cium-Mulut-Murid-Ustaz-Danny-Dipenjara-20-Tahun.jpg

KERANI kewangan sebuah sekolah agama, Danny Jaudik (tengah) dihukum penjara 20 tahun dan empat sebatan selepas mengaku bersalah

KOTA KINABALU, 9 Jun — Seorang “ustaz” dihukum 20 tahun penjara dan empat sebatan atas tuduhan menarik seluar dan mencium mulut dua murid lelaki.

Danny Jaudik, 24, mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan kelucahan melampau di sebuah sekolah agama di sini pada Mei dan Ogos tahun lalu.

Kerani kewangan itu, digelar “ustaz,” dihukum penjara secara berasingan mulai tarikh tangkapannya pada 10 Ogos lalu, lapor Berita Harian.

Bagi pertuduhan pertama, Danny dituduh mencium pipi murid lelaki, 11, ketika mangsa bersama rakan ke pejabat untuk membayar yuran sekolah.

Tertuduh juga didakwa pernah menarik seluar murid itu, menyebabkan mangsa menjadi takut dan menganggapnya gila.

Satu lagi pertuduhan, Danny didakwa memegang tangan mangsa lain, 11, dan mengarahkannya berbogel, ketika di sekolah itu pada Ogos lalu.

Berdasarkan keterangan ibu mangsa, kejadian pada kira-kira jam 12 tengahari 6 Ogos lalu itu bukan kejadian pertama.

Sebelum ini tertuduh didakwa pernah mengarah mangsa menanggalkan seluar dan mencium mulut dan pipi sehingga minta ditukarkan sekolah.

Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu Ainul Shahrin Mohamad menjatuh hukuman 10 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan.

Didakwa menurut Seksyen 377E Kanun Keseksaan, Danny diperintah menjalani hukuman bagi pertuduhan kedua selepas selesai hukuman pertuduhan pertama.

Tertuduh diwakili peguam Timothy Daut, manakala pendakwaan dibuat oleh timbalan pendakwa raya Hafizah Zahidah Abdullah.

Loading...
scroll to top