Drama Majlis Transformasi Nasional 2050 (TN 2015) Selesai

Drama-Majlis-TN-2050-Selesai.jpg

Kelihatan Mat Over memeluk Najib sambil diperhatikan David Teo selepas kedua-dua pihak itu bersalaman. FOTO: Ihsan Pembaca.

Transformasi Nasional 2050

Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN 2015) pada Rabu kecoh selepas pelawak Mat Over menampar produser filem David Teo di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Insiden itu berlaku ketika majlis dialog berlangsung apabila David dilihat mahu memberi pendapatnya dan pengacara Datuk Rosyam Nor membuka ruang kepada produser itu selama satu minit.

David dikatakan tidak berpuas hati cara Rosyam mengendalikan majlis sebagai moderator.

Berlaku sedikit ketegangan antara David dan Rosyam yang cuba mengawal keadaan sehinggalah pelawak Mat Over atau Sulaiman Yassin muncul lalu menampar muka David.

“Ini (pentas) Datuk Seri bulat. Datuk Rosyam Noor kena adil saksama.

“Semua dia kena bagi tengok mata dia, jangan tengok depan sahaja,” katanya.

Rosyam Nor yang bertindak sebagai pengerusi majlis kemudian meminta Teo menjaga tingkah laku dan menggunakan peluang bercakap untuk mengemukakan pandangan.

Mereka kemudian saling jawab menjawab antara satu sama lain.

Rosyam: You jangan komen bagaimana I ini…. I bagi you satu minit untuk bagi idea.

Teo: Biar kita cakap terus terang.

Rosyam: You di depan perdana menteri. Kamu kena behave (jaga kelakuan). Faham?

Teo: Tadi cakap tak payah serius.

Rosyam: Tadi Datuk Seri cakap tak payah serius kan?

Najib: Tak apa, tak apa.

Teo: OK saya mulakan Datuk Seri. Orang kata sekali itu ombak sampai ke pantai, selalu pantai itu…

Dalam video yang menjadi tular di laman sosial itu, kedengaran suara Mat Over yang tidak berpuas hati terhadap sikap David itu kerana bercakap kurang sopan di hadapan Najib sebelum menamparnya.

Pelakon komedi itu kemudian kelihatan menampar Teo tetapi tidak kena kerana ditahan oleh Teo.

Teo juga kelihatan menendang kembali ke arah Mat Over tetapi turut tersasar.

Sesi berkenaan dianjurkan oleh Yayasan Perdana Ummah dan diadakan di kediaman Najib di Putrajaya.

Dianggarkan kira-kira 300 penggiat seni daripada pelbagai latar belakang termasuk pemimpin persatuan menghadirinya.

Najib selepas itu memainkan peranan mendamaikan mereka dengan meminta kedua-dua pihak bersalaman.

Loading...
scroll to top