Gadis Hamil, Teman Lelaki Facebook Ghaib

Gadis-Hamil-Teman-Lelaki-Facebook-Ghaib.jpg

MIRI: Seorang bapa yang membuat laporan polis di sini kelmarin mendakwa anak perempuannya berusia 15 tahun telah hamil tujuh bulan dipercayai dirogol teman lelaki.

Sumber memberitahu, teman lelaki remaja berkenaan merupakan kenalan laman sosial Facebook (FB) yang dikenalinya awal tahun lepas.

“Selepas berkenalan beberapa hari, lelaki berkenaan mengajaknya berjumpa di sebuah pantai di sini sebelum memaksa remaja berkenaan melakukan hubungan seks.

“Difahamkan ketika kejadian, mangsa cuba melawan tetapi suspek mengugut akan memukulnya. Namun selepas pertemuan itu, mereka telah beberapa kali melakukan hubungan kelamin,” tambah sumber itu.

Cerita sumber berkenaan lagi, mangsa telah mengetahui dirinya mengandung namun tidak memberitahu keluarga kerana takut dimarahi manakala teman lelakinya telah menghilang diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan menerima laporan terbabit ketika ditemui di Balai Polis Pusat Miri semalam.

“Polis kini sedang giat mengesan suspek dipercayai warga Indonesia dan difahamkan telah lari ke Bintulu,” katanya.

Loading...
scroll to top