KERTAS UPSR : Dua Guru Bebas Pertuduhan Miliki Soalan Bocor

Di Mahkamah Sesyen Seremban, dua guru lelaki dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan memiliki kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, UPSR secara tidak sah, tahun lalu.

Ini selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan berkenaan.

Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Jagjit Singh di akhir kes pendakwaan siang tadi.

Sebelum ini, L Subbarau, 35 tahun menghadapi lima pertuduhan memiliki soalan UPSR 2014 bagi mata pelajaran matematik, bahasa tamil pemahaman, bahasa tamil penulisan serta sains melalui sebuah telefon bimbit.

Manakala P Murugan, 37 tahun didakwa atas satu pertuduhan iaitu memiliki kertas soalan matematik 015/1.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(1)(c)(2), Akta Rahsia Rasmi 1972 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun.

sms news Portal

Soalan Upsr Bocor

Kes dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Negeri Sembilan, Ahmad Terriruddin Mohd Salleh dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farid Mohd Mokhtar.

Loading...
scroll to top