KKM Siasat Dakwaan Doktor Gigi Cabul Pelajar Di tawau

KKM-Siasat-Dakwaan-Doktor-Gigi-Cabul-Pelajar-Di-tawau.jpg

DATUK Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan seorang doktor gigi mencabul lima pelajar perempuan di Tawau, Sabah pada Jumaat lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kementerian mengambil berat dakwaan itu kerana ia menyentuh kod etika profesional seorang pengamal pergigian yang juga penjawat awam.

“Kes berkenaan masih dalam siasatan polis. Justeru, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga boleh menjejaskan siasatan.

“Kementerian sedang menjalankan siasatan dalaman terperinci susulan dakwaan itu mengikut peraturan dan tatatertib penjawat awam, ” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Dr Noor Hisham berkata, kementerian berharap kejadian ini tidak menjejaskan penerimaan perkhidmatan pergigian di sekolah.

“Sehingga kini, perkhidmatan pergigian di sekolah berjaya mengurangkan penyakit pergigian dalam kalangan murid sekolah membabitkan 95 peratus di sekolah rendah dan 85 peratus di sekolah menengah,” katanya.

Beliau berkata, perkhidmatan pergigian di sekolah adalah teras utama dalam perkhidmatan pergigian awam dimulakan sejak tahun 1948.

Katanya, bermula tahun 1970-an, perkhidmatan ini diperkukuhkan secara berperingkat dengan sistematik dan menyeluruh supaya matlamat kesihatan gigi kanak-kanak tercapai sepenuhnya.

“Ia dilakukan oleh pasukan pergigian sama ada menggunakan peralatan mudah alih ataupun klinik pergigian bergerak,” katanya.

Loading...
scroll to top