Konvoi Duterte Diserang Hendap

Konvoi-duterte-Diserang.jpg

Konvoi Duterte Diserang.. Pegawai pemusnah bom memeriksa alat letupan

Konvoi Duterte diserang hendap menyebabkan tujuh pengawal peribadi Presiden Filipina itu cedera

MANILA 30 Nov. – Seramai tujuh pengawal peribadi Presiden Rodrigo Duterte dan dua lagi tentera tercedera dalam serangan hendap yang didakwa dilakukan oleh kumpulan pengganas ketika lawatannya ke selatan negara ini.

Jurucakap tentera berkata, bom disasarkan ke arah konvoi askar di bandar Marawi.

Tambah jurucakap itu, tiada penduduk awam yang terkorban atau maut dalam serangan itu.

Lawatan Duterte itu berlaku beberapa hari selepas tentera melancarkan operasi menentang berpuluh-puluh anggota bersenjata kumpulan Maute di bandar Butig, kepulauan Mindanao.

TIDAK MUNGKIN BOLEH BERUNDING

Rundingan damai yang dibayangkan Presiden Rodrigo Duterte dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf tidak mungkin diadakan dalam masa terdekat ini.

“Ia terlalu rumit. Kumpulan Abu Sayyaf itu pengganas yang fanatik,” kata seorang pegawai keselamatan yang enggan dikenali.

Menurutnya, selain pengganas, pegawai itu juga percaya Abu Sayyaf tidak mudah dipujuk dengan janji.

“Kumpulan berkenan seronok dengan hasil lumayan yang diperoleh menerusi penculikan dan mereka tidak akan berubah dalam sekelip mata,” katanya.

Dia mengulas mengenai kenyataan Duterte yang membayangkan kesediaan untuk berunding dengan Abu Sayyaf sebagai usaha menamatkan keganasan di selatan Filipina.

Presiden Filipina itu Khamis lalu mengajak Abu Sayyaf berunding ketika bercakap kepada wartawan di hospital tentera di Zamboanga selepas melawat anggota tentera yang cedera dalam pertempuran dengan kumpulan terbabit.

Abu Sayyaf yang mengisytiharkan taat setia kepada kumpulan pengganas Daish awal tahun ini terbabit dalam kegiatan menculik puluhan rakyat asing untuk mendapatkan wang tebusan berjumlah jutaan dolar.

Pegawai berkenaan berkata, pemimpin Abu Sayyaf tidak mudah dipujuk untuk berunding dengan kerajaan tanpa disogok wang.

Tambahnya lagi, berunding dengan Abu Sayyaf mencabuli dasar tidak berkompromi kerajaan dengan pengganas.

Sementara itu, tentera Filipina menyuarakan sokongan kepada rayuan Duterte supaya Abu Sayyaf menghentikan keganasan dan berunding dengannya secara langsung.

“Kami menyokong gesaan Presiden. Kami faham anggota Abu Sayyaf adalah mangsa keadaan dan mereka kekurangan peluang,” kata jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Restituto Padilla.

Beberapa bulan lalu, Duterte berikrar menghapuskan Abu Sayyaf dengan alasan kumpulan itu tidak miliki ideologi.

Katanya, dia tidak nampak wujudnya peluang damai dengan kumpulan itu.

Konvoi Duterte Diserang

Konvoi Duterte Diserang : Seorang anggota tentera Filipina sedang memeriksa lokasi di mana serangan bom itu dilancarkan. – AFP

Loading...
scroll to top