PATI Gagal Bersembunyi

PATI-Gagal-Bersembunyi.jpg

Lelaki Warga asing cuba bersembunyi namun berjaya diberkas polis

Klang: Menyorok atas kontena, bawah meja, dalam belukar serta longkang. Itu tindakan pendatang asing tanpa izin (PATI) sejurus menyedari anggota Jabatan Imigresen Selangor menyerbu rumah kongsi mereka di Bandar Bestari di sini.

Ketika serbuan dari jam 11 kelmarin hingga 4 pagi semalam, kebanyakan penghuni menyorok di pelbagai lokasi, namun berjaya ditahan.

Penolong Pengarah Imigresen Selangor Jaimin Sumpit berkata, seramai 247 warga asing diperiksa dalam operasi itu dan 80 daripada mereka melakukan pelbagai kesalahan.

 

Menurutnya, individu yang ditahan berusia antara 18 hingga 54 tahun membabitkan 58 warga Indonesia termasuk 12 wanita, 19 Bangladesh dan tiga Myanmar.

 

Beliau berkata, semua warga asing itu tinggal di dalam lapan kontena yang diletakkan di kawasan terlindung.

 

Beliau berkata, 51 daripada mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) kerana tiada pas sah manakala 29 lagi mengikut Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa.

Loading...
scroll to top