Rundingan Royalti Minyak 20 Peratus Gagal – Adenan Satem

“Rundingan kami dengan Petronas berhubung permintaan kita bagi kenaikan royalti minyak dan gas daripada 5 peratus kepada 20 peratus, tidak berjaya”

Ketua Menteri Sarawak Datuk Adenan Satem mengesahkan bahawa rundingan antara kerajaan negeri dan Petronas berhubung permintaan Sarawak untuk menaikkan kadar bayaran royalti minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus, telah gagal.

Adenan memberitahu demikian semasa persidangan pekebun kecil dan usahawan komoditi nasional di Kuching pada rabu memetik laporan dari portal MALAYSIAKINI.

Bagaimanapun Petronas memberi jaminan ia akan memberi kontrak bernilai RM2.1 bilon kepada syarikat-syarikat berpangkalan di Sarawak. “Kami akan meneruskan tuntutan untuk kenaikan royalti itu sehinggalah kita mendapat apa yang kita mahu,” katanya. -Malaysiakini

Loading...
scroll to top