Sabahrhino Sangkut "roadblock" PDRM

SMS NEWS PORTAL

PDRM VS SABAH PIALA FA 2015

Kempen Piala FA 2015 menyaksikan pasukan Sabah terpaksa akur kepada kelebihan yang dimiliki oleh pasukan PDRM selepas membenam Sabah 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung pada jumaat di Stadium Shah Alam Selangor.

PDRM FA yang kini dibimbing oleh mantan penyerang kebangsaan iaitu Azman Adnan sebelum ini dalam perlawanan Liga Super 2015 telah mengaibkan pasukan gergasi Kelantan di tempat lawan dengan jaringan 0-4. Pada 14 Februari lalu PDRM juga telah menundukkan satu lagi pasukan berstatus bintang iaitu JDT dengan keputusan 1-0.

Tidak hairan jika PDRM terus gagah melangkah ke peringkat seterusnya selepas cemerlang dalam dua perlawanan terakhir di Liga Super.

Perlawanan seterusnya adalah Sabah akan menentang KL SPA  pada 06 MAC 2015 di Stadium Likas dalam persaingan Liga Perdanan. Dikhabarkan, Mike Mulvey (Bekas Ketua Jurulatih Brisbane Roar, Liga Australia) kini Pengarah Teknikal pasukan Sabah yang baru ada menyaksikan perlawanan di antara KL SPA dan Kuantan FA di mana KL SPA menang 3-0 sekaligus melayakkan mereka ke peringkat seterusnya dalam Saingan Piala FA.

Sudah pasti beliau cuba untuk membaca strategi pihak lawan dan seterusnya membuat perancangan dalam usaha untuk memastikan Sabahrhino mendapat mata penuh dalam perlawanan nanti.

Jangan lupa untuk kita sama-sama menyokong pasukan kebanggan kita Sabahrhino di Stadium Likas nanti.

Saksikan Video PDRM  VS Sabah yang berkesudahan PDRM menang 3-0 :

Loading...
scroll to top