Sultan Johor, Brunei Antara Tetamu Hadir

Sultan-Johor-Brunei-Antara-Tetamu-Hadir.jpg

PASANGAN pengantin bergambar bersama tetamu diraja dan kenamaan pada majlis perkahwinan di sebuah hotel di Kota Kinabalu. - Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta isteri, Pengiran Anak Saleha berangkat ke majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin serta isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Tetamu kehormat lain termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; isteri Musa, Datin Seri Faridah Tussin serta beberapa menteri Kabinet Persekutuan dan negeri.

Anak Musa, Mohammed Hayssam melangsungkan perkahwinan dengan Fiti Hana Gulamhaidar, iaitu anak Pembantu Menteri Infrastruktur Sabah, Datuk Gulamhaidar Bahadar.

Loading...
scroll to top