Wajar Tambah Kerusi Kawasan Parlimen dan DUN di SABAH ?

Suarasabah

Timbang Tambah Kerusi di Sabah

Sabah wajar mendapat pertambahan kerusi bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah kali terakhir semakan itu dilakukan lebih 10 tahun lalu iaitu pada 2003 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, walau bagaimanapun, bagi kerusi Parlimen yang memerlukan suara majoriti dua pertiga di Parlimen, ia mungkin agar sukar untuk dilaksanakan.

Datuk-Tawfiq

Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan

“Kalau boleh semua kawasan minta (pertambahan kerusi), tetapi kita kena realitik bahawa semua tidak dapat kerana ia berdasarkan garis panduan SPR dan kita harus akur dengan keputusan SPR berdasarkan standard dan piawaian yang ditentukan dan telah digariskan kerajaan melalui SPR,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Sijil Tamat Latihan Program Kursus Seni Kreatif Jahitan dan Memasak iaitu Kursus Jangkamasa pendek bertempat di Pusat Rehabilitasi Cure & Care Klinik Cure & Care Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia (AADK) Kementerian Dalam Negeri.

Kenyataan beliau sebagai mengulas permohonan oleh wakil beberapa parti politik di negeri ini agar SPR melakukan semakan dan menambah kawasan Parlimen dan DUN di Sabah.

Ditanya sama ada perkara itu perlu disegerakan, Tawfiq memberitahu pilihan raya di Sabah hanya akan diadakan pada 2018, sekaligus tidak meletakkan keadaan itu tergesa-gesa untuk negeri ini melaksanakannya berbanding Sarawak yang bakal menghadapi pilihan raya lebih awal.

Katanya, dari segi penambahan kerusi DUN pula, ia nampak tidak mempunyai masalah untuk diluluskan, namun segalanya diserahkan kepada pucuk pimpinan dan SPR untuk menentukannya berdasarkan kriteria tertentu yang memang sudah digariskan oleh SPR.

Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menambah :

[quote font=”georgia” color=”#f7f7f7″ bgcolor=”#282fff” arrow=”yes”]

“Bukan soal setuju atau tidak tetapi memang hak Sabah untuk memiliki lebih banyak kerusi kerana ramai lagi rakyat yang memerlukan perwakilan dalam dewan undangan negeri dan mungkin menjadi satu kesulitan bagi mereka kalau kawasan terlalu luas dan wakil rakyat tersebut tepaksa berkhidmat untuk bilangan penduduk yang ramai.

“Dalam hal ini memerlukan perubahan semula dari segi persempadanan mungkin dengan mewujudkan kawasan baharu bukan sahaja meringankan beban tetapi memastikan perkhidmatan wakil rakyat itu akan lebhi efisien”

[/quote]

Dipetik dari : SAYANGSABAH

Loading...
scroll to top