Gadis Tomboy Jadi Ratu Kaamatan

Gadis-Tomboy-Jadi-Ratu-Kaamatan.jpg

Gadis Tomboy gambar Kecil (kanan) Kerinah Mah sebelum melakukan transformasi untuk menjadi Ratu Unduk Ngadau Sabah

SUKAR dipercayai namun itulah realitinya, Kerinah Mah dahulunya adalah seorang gadis tomboy dinobat sebagai Ratu Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2017.

TIGA MINGGU!!  Itulah masa yang ada untuk gadis tomboy ini berubah menjadi gadis feminin antara pengalaman yang dilaluinya pada tahun 2015 ketika kali pertama menyertai pertandingan Unduk Ngadau di daerah Pitas.

Kini saat itu menjadi kenangan manis buat Kerinah Mah yang baru sahaja dinobatkan sebagai Ratu Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah tahun 2017 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM6000.00, tajaan biasiswa bernilai RM25,000.00 dari ATI, tajaan biasiswa dari Almacrest bernilai RM20,000.00, trofi, telefon bimbit serta set barangan kecantikan dan jumlah keseluruhan hadiah yang dimenangi beliau adalah bernilai RM73,310.00.

Tahukah kamu Kerinah Mah adalah Unduk Ngadau daerah Pitas pada tahun 2015 ?

Kali pertama menyertai Pertandingan Unduk Ngadau pada tahun 2015 membuka jalan kepadanya untuk menjadi Ratu Unduk Ngadau Sabah

Mengakui dirinya adalah gadis tomboy, dia tidak pernah ambil tahu tentang alat solek, gincu atau apa-apa alat kecantikan wanita kerana baginya itu tidak penting. Dia lebih selesa berseluar jeans apabila keluar ke mana-mana.

Situasi ini disebabkan persekitarannya ketika membesar lebih banyak bergaul dengan budak lelaki yang terdiri dari sepupu-sepupunya dan keluarga terdekat.

Lebih mesra dengan panggilan ‘Gunut’ di kalangan keluarga, dia lebih gemar bermain gusti dengan sepupu-sepupu lelakinya berbanding dengan rakan-rakan wanitanya.

MENYERTAI Pertandingan Unduk Ngadau daerah Pitas

Ketika mula-mula disuruh menyertai Unduk Ngadau dia menolaknya kerana merasakan banyak yang terpaksa dipelajari untuk menjadi gadis yang lemah lembut maalh kena berlatih mengenakan kasut tumit tinggi.

Namun dia mengubah keputusannya untuk menyertai pertandingan Unduk Ngadau. Dia terfikir tiada ruginya menyertai pertandingan ini kerana apapun yang berlaku selepas pertandingan ini tidak mengubah apa-apa kerana dia memang seorang wanita.

TRANSFORMASI Bermula

Semuanya bermula dengan baik kerana tahun yang sama dia menjadi Unduk Ngadau Pitas sekaligus mewakili daerah ke peringkat negeri pada tahun 2015.

AURAnya sebagai Ratu Unduk Ngadau sudah terpancar sejak kali pertama bertanding di Hongkod Koisaan buktinya dengan transformasi yang baru berlaku dia  dipilih sebagai Miss Tati Topiodo (Miss Natural Beauty) pada sodop Unduk Ngadau Kaamatan 2015.

Kerinah Mah turut mengakui apa yang berlaku padanya macam kisah dongeng di mana angan-angan yang menjadi kenyataan.

MORAL: Di mana ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan. Berusahlah bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita lambat laun pasti akan tercapai.

TAHNIAH buat Kerinah Mah

Loading...
scroll to top