Nonny Nadirah Tanya Suami Adira tak Cukup Dua ?

Pelakon Nonny Nadirah menegur suami penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu agar lebih mengutamakan dua isteri dan anak yang dimilikinya berbanding leka mencari pasangan baru.

Nonny memberi teguran kepada Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red dalam nada sinis.

“Saya belum terdesak sampai nak suami orang. Kalau nak tahu saya sudah mempunyai kekasih dan bakal berkahwin. Nasihat saya, dia sepatutnya kasihankan dua isteri dan anak-anak.

“Tidak cukup lagi dengan apa yang ada? Jangan anggap duit boleh beli segalanya. Berhenti buat cerita yang tidak betul,” katanya.

Bekas bintang Akademi Fantasia musim kelima itu turut menyangkal bahawa dia pernah menjalin hubungan dengan Datuk Red.

Malah kata Nonny, dia tidak tahu dari mana lelaki berkenaan mendapat nombor telefonnya sebelum menghubunginya hujung bulan lalu.

“Mungkin dia tidak tahu saya rapat dengan Adira. Jadi sebelum terjadi perkara lain, saya ambil langkah awal dengan memberitahu Adira mengenai sikap suaminya.

“Namun saya terkejut macam mana kenyataan mengatakan saya bercinta dengannya boleh keluar. Sedangkan kami tidak pernah kenal malah jauh sekali keluar dengannya,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Nonny memberitahu, dia menjalin hubungan dengan kekasihnya selama lapan tahun dan merancang ingin ke jinjang pelamin.

Kata Nonny, kekasihnya sedia maklum dan membaca kesemua mesej dihantar Datuk Red.

Dalam pada itu, wanita kelahiran Sabah itu menegaskan dia tidak pernah meminta apa-apa daripada Datuk Red seperti didakwa lelaki itu.

Terdahulu, Adnan mengesahkan khabar angin dia sedang rapat dengan pelakon wanita bernama N yang juga berasal dari Sabah.

Menerusi kenyataan sama, Adnan memberitahu hubungan itu terjalin sejak beberapa bulan lalu, namun perkara itu berakhir selepas diketahui Adira.

Datuk Red ini sebelum ini pernah ‘kantoi’ selepas klip video memaparkan dia keluar dan merangkul pinggang pelakon Ruhainies di sebuah kompleks beli-belah menjadi tular di media sosial.

Loading...

Leave a Reply

arrow