Dasar kabotaj ke Sabah, Sarawak dikecuali bermula 1 Jun

Dasar-kabotaj-ke-Sabah-Sarawak-dikecuali-bermula-1-Jun.jpg

Dasar kabotaj ke Sabah, Sarawak dikecuali bermula 1 Jun

Dasar kabotaj ke Sabah, Sarawak dikecualikan

SANDAKAN: Mulai 1 Jun ini, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan pengecualian dasar kabotaj bagi aktiviti perkapalan dalam perkhidmatan kargo dari pelabuhan di Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagaimanapun berkata pengecualian itu tidak terpakai kepada aktiviti perkapalan yang beroperasi antara Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Atas saranan kerajaan negeri dan Barisan Nasional (BN) Sabah, kerajaan mengambil keputusan melaksanakan pengecualian dasar kabotaj bagi aktiviti perkapalan kargo mulai 1 Jun ini,” katanya ketika pelancaran program Ekspresi Negaraku di Padang Perbandaran di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak serta menteri Kabinet negeri dan Persekutuan.

Lebih 30,000 pengunjung menghadiri program seawal jam 6 pagi itu. Najib berkata, keputusan itu diambil berdasarkan saranan kerajaan negeri berhubung isu kabotaj yang menjadi antara faktor kenaikan harga di negeri ini.

Februari lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementeriannya bersetuju membincangkan semula dasar kabotaj di Sabah sebagai usaha untuk membantu pertumbuhan ekonomi negeri itu.

Dasar ini diperkenalkan kerajaan pada tahun 1980-an dengan setiap barang yang dibeli dari luar negara perlu melalui Pelabuhan Klang dahulu sebelum dihantar ke Sabah.

Sementara itu, Najib berkata, pembangkang tiada agenda untuk negara kerana mereka hanya tahu mengkritik dan menyerang kerajaan sahaja.

“Mereka akan kritik apa saja hingga tidak boleh diterima akal dan tidak rasional.

Contohnya, apabila harga minyak naik, mereka salahkan Perdana Menteri tetapi apabila harga minyak turun, itu disebabkan harga pasaran, itu tidak adil.

“Dulu apabila kita bawa pelaburan dari China, mereka cakap kita gadai kedaulatan negara, bila batalkan projek pembangunan itu, mereka kata tidak patut batal, mana logiknya kiri dan kanan dia makan, sorong dan tarik pun dia nak,” katanya.

BACA JUGA : Dasar Kabotaj Kesan, Implikasi terhadap Sabah

Loading...
scroll to top