Isu MyKad Sabah: Shafie pertahan Tun M

Isu Mykad Shafie pertahan tun ,

Isu MyKad Sabah: Shafie pertahan Tun M

PENAMPANG: Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertahankan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan pengeluaran kad pengenalan (MyKad) secara tidak sah kepada warga asing di Sabah.

Mohd Shafie yang juga Bekas Naib Presiden UMNO sebaliknya berkata, jika Isu MyKad Sabah itu wujud, Barisan Nasional (BN) Sabah perlu memberi tumpuan menyelesaikannya.

“Kerajaan BN adalah yang berkuasa dan boleh mengambil langkah yang diperlukan untuk menyelesaikan isu kad pengenalan.

“Mengapa menyalahkan Dr Mahathir sekarang? Jika mereka fikir ia (salah dikeluarkan), mereka boleh membetulkan,” katanya ditemui selepas membuat tinjauan mesra di Pekan Donggonggon di sini, hari ini.

Semalam, dalam Konvensyen Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO), Pemangku Presiden, Datuk Seri Madius Tangau mahu Dr Mahathir dipertanggungjawabkan dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.

Konvensyen ini juga menunjukkan video yang menggambarkan bekas Perdana Menteri itu bertanggungjawab bagi pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika pentadbirannya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah, Darell Leiking meminta UMNO Sabah menyatakan pendirian berhubung cadangan pengeluaran kad pengenalan baharu kepada semua pemilik MyKad di Sabah.

BACA JUGA: Dakwaan Lebih 3,000 Sertai Parti Warisan, Janganlah Menipu

“Kita mahu tahu kedudukan dan pendirian rasmi UMNO Sabah atas permintaan berulang kali (pengeluaran MyKad baharu di Sabah) yang turut diminta oleh parti komponen BN, selain parti pembangkang sejak beberapa tahun lalu,” katanya. – BH Online, 13 November 2016

Loading...

Leave a Reply

arrow