Isu Perlantikan VC UMS Wajar Rujuk Parti Ketuai Kerajaan

Joh-wid.jpg

Isu perlantikan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi topik hangat selepas terdapat dakwaan yang mengatakan terdapat individu yang berkepentingan sudah merancang dan menentukan pengganti untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

Penyandanng terdahulu Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah akan bersara berkuat kuasa 18 Jun 2012 dan jawatan itu akan dikosongkan.

Difahamkan setakat ini ada dua nama yang sudah dicadangkan kepada kementerian pengajian tinggi untuk mengisi jawatan terpenting itu namun ia amat mengecewakan kerana kedua-dua nama tersebut bukanlah anak tempatan Sabah.

Apakah tiada ahli akademik Sabah yang layak untuk jawatan itu ?

Mengulas perkara itu, Setiausaha Politik Kementerian Kewangan Sabah, Mohd Joh Hj Wid berkata perkara tersebut sepatutnya dirujuk kepada Parti mengetuai kerajaan iaitu Badan Perhubungan UMNO dan BN Sabah kerana ia melibatkan kepentingan rakyat negeri ini.

Beliau yang juga setiausaha UMNO bahagian Sepanggar berkata UMNO Sabah yang perjuangkan penubuhan Universiti Malaysia Sabah.

Ia mendapat maklum balas positif daripada ramai orang yang turut bersetuju jika perlantikan Naib Canselor ini seharusnya dirujuk kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah yang juga adalah Pro Canselor di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Antara maklum balas daripada pengguna lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top