Jabatan Imigresen Laksana Operasi Besar mulai tengah malam

Jabatan-Imigresen-Laksana-Operasi-Besar-mulai-tengah-malam.jpg

Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pihaknya kecewa kerana hanya 23 peratus iaitu 155,680 PATI didaftar oleh majikan sedangkan sasaran asal adalah antara 400,000 hingga 600,000

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen akan melaksanakan operasi besar-besar mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula tengah malam ini, susulan tamatnya tempoh permohonan kad sementara (E-Kad) hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pihaknya kecewa kerana hanya 23 peratus iaitu 155,680 PATI didaftar oleh majikan melalui program sejak 15 Februari lalu hingga jam 8 pagi tadi, sedangkan sasaran asal adalah antara 400,000 hingga 600,000.

“Kita kecewa sebab peluang diberi tidak diambil oleh majikan dan pekerja.

Gerakan dan operasi besar-besaran akan dilakukan bermula jam 12 tengah malam ini di seluruh negara.

“Mana ada PATI, situ kita ada. Jangan salahkan Jabatan Imigresen kerana peluang diberi sejak 15 Februari lalu.

“Program E-Kad tidak akan dilanjutkan atau disambung.

Jangan asak Imigresen. Kita sudah lama bagi peluang,” katanya sambil menjelaskan majoriti PATI yang mendaftar adalah dari Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan Nepal.

Beliau ditemui pada sidang media selepas melakukan tinjauan hari terakhir program E-Kad di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top