Petron dilantik pembekal minyak kenderaan kerajaan

Petron-dilantik-pembekal-minyak-kenderaan-kerajaan.jpg

Keputusan kerajaan persekutuan melantik Petron sebagai salah satu pembekal minyak untuk kenderaan kerajaan mendapat kritikan umum termasuk ahli parlimen Keningau, Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang menganggap ia adalah sangat lucu kerana secara terang-terangan membenarkan tindakan kronisme.

Beliau berkata dahulu ahli-ahli politik yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan selalu mengkritik pemberian tender kerajaan ketika mereka berada dalam pembangkang.

“Sekarang mereka melakukan perkara yang sama. Jika mereka terus melakukan ini, maka apakah perbezaan antara kerajaan terdahulu dan yang sekarang?

Siapa yang memiliki Petron? Siapa perdana menteri sekarang? Anda tahu jawapannya, “katanya.

Mirzan Mahathir telah menjadi pengarah dan pemegang saham Petron Corporation sejak 2010. Beliau ketika itu mempunyai 1,000 saham.

Bawah peraturan syarikat, seseorang itu harus menjadi pemegang saham untuk melayakkannya menjadi pengarah.

Bagaimanapun, Petron Malaysia pada 2013 berkata Mirzan tidak mempunyai sebarang saham atau peranan dalam operasi syarikat itu di Malaysia.


Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam di Internet mengkritik langkah itu dengan berkata pada masa lalu kesemua kenderaan kerajaan menggunakan khidmat Petronas.

Petron bukan satu-satunya dikaitkan dengan keluarga Mahathir yang menjalankan urus niaga dengan kerajaan.

Sebelum ini, nama seorang lagi anak Mahathir, Mokhzani, muncul selepas sebuah syarikat dianugerahkan kontrak pemasangan dan penyelenggaraan Internet jalu lebar Unifi oleh Telekom Malaysia.

Opcom berkata akan terus membida kontrak-kontrak syarikat berkaitan kerajaan.

Loading...
scroll to top