SPRM Sabah Rampas RM1 Juta

Ops-Water-Sprm-sabah.jpg

Ops Water SPRM Sabah

Terkini Siasatan SPRM Sabah

Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas RM1 juta wang tunai daripada tiga orang saksi yang dipanggil memberi keterangan berhubung kes rasuah membabitkan projek pembinaan infrastruktur bernilai RM3.3 bilion, hari ini.

Sumber memaklumkan, ketika keterangan diambil, tiga individu berkenaan memulangkan duit dipercayai hasil daripada projek berkenaan, secara sukarela.

“Ia jumlah wang tunai terbaharu yang dirampas SPRM hari ini selepas rampasan wang tunai termasuk membabitkan beberapa akaun bank milik pengarah dan timbalan pengarah jabatan itu sebelum ini.

“Setakat ini, semua individu yang dipanggil memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dilakukan,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya tiada sebarang tangkapan terbaru dilakukan SPRM hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat itu, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Loading...
scroll to top