Tun M Tiada Pendirian Tetap

PENAMPANG  – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said Keruak menyelar tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuat U-turn berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menurut beliau, tindakan itu jelas menunjukkan sifat tidak konsisten bekas Perdana Menteri berkenaan selain menyedari kebaikan dan manfaat pemberian BR1M kepada rakyat.

“Tun M (Dr. Mahathir) telah berubah pendirian, dahulu beliau lantang mengkritik BR1M. Namun, hari ini saya baca di akhbar, beliau kata BR1M sudah ok (bagus).

“Mereka (pembangkang) sebenarnya tidak ada pendirian dan hanya tahu mengkritik semata-mata hingga menimbulkan perasaan kurang senang rakyat,” katanya.

Terdahulu, Salleh menghadiri Majlis Rumah Terbuka Krismas Paroki Penampang di Dewan Paroki St. Michael Penampang di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Johnny Mositun; Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Penampang, Datuk Donald Mojuntin dan Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose.

Dalam pada itu, Salleh berkata, pemberian BR1M merupakan kaedah terbaik yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap rakyat Malaysia bagi meringankan beban selain membantu menjana ekonomi setempat.

Kata beliau, pelaksanaan pemberian itu yang diilhamkan Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri secara tidak langsung melegakan rakyat khususnya yang kurang berkemampuan.

Loading...

Leave a Reply

arrow