Anu dibawa ketika lapor dirogol sebagai bukti

NEW DELHI: Seorang wanita India berusia 30-an mengejutkan pegawai sebuah balai polis apabila datang sambil memegang alat kelamin seorang lelaki yang didakwa merogolnya lapor Times of India.

Vimlesh Kaul yang bersama tiga anaknya pada masa itu, berkata dia membawa alat kelamin kepada polis sebagai bukti jenayah.

Beliau mendakwa perogol adalah adik iparnya dan tiada pilihan selain memotong kemaluannya untuk menghalang beliau daripada terus merogolnya.

Mangsa dirogol selama beberapa hari sebelum iparnya itu memotong kemaluannya menggunakan sabit, awal pagi itu.

Menurut Hindustan Times, pegawai polis menemui suspek, Sanju Koul, 22, tergantung di pokok berhampiran rumahnya yang seolah-oleh mahu menunjukkan dia membunuh diri.

Polis memfailkan kes cubaan membunuh terhadap Vimlesh, tambah Hindustan Times. – Agensi

Loading...

Leave a Reply

arrow