Gara-Gara Selfie Remaja Maut Jatuh Gaung

Gara-Gara-Selfie-Remaja-Maut-Jatuh-Gaung.jpg

Gara-Gara Selfie Remaja Maut Jatuh Gaung

DEHRADUN, India – Gara-gara mahu mengambil ‘selfie’, seorang pelajar kolej maut selepas jatuh ke gaung sedalam 50 meter di Kolukhet, Mussorie dekat sini, semalam.

Polis mengenal pasti remaja berusia 22 tahun itu sebagai Muneer Ahmed, pelajar tahun pertama di sebuah universiti swasta dan menetap di Kichha, Udham Singh Nagar. Ahmed dikatakan keluar ke bandar Mussoorie seharian bersama seorang rakan dan ketika dalam perjalanan pulang dia singgah dekat Kolukhet untuk mengambil ‘selfie.’

Ketika leka ‘selfie,’ dia tergelincir lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter.

Rakannya cuba mendapatkan bantuan daripada penduduk tempatan yang kemudian memaklumkan polis. Jurucakap balai polis Mussoorie, B D Juyal berkata, sebaik saja menerima maklumat, sepasukan anggota pergi ke lokasi kejadian dan melakukan operasi menyelamat yang mengambil masa dua jam.

Mangsaditemuidengankesancederakepala dan disahkanmeninggaldunia di tempatkejadian. Angkakematianakibat ‘selfie’ kian meningkat di negeriUttarakhand, India.

Pada 13 Januari lalu, seorang remaja perempuan, Ashana Bandari terjatuh ke dalam sungai selepas cuba mengambil ‘selfie’ dekat kuil, di Daerah Rudraprayag.

Pada malam tahun baharu, seorang lagi remaja perempuan, Priyank Gupta menemui ajal selepas jatuh dari puncak dekat Chunakhaal semata-mata untuk ‘selfie’. – Agensi/BH Online

Loading...
scroll to top