Jakarta dipindah ke Kalimantan Borneo ?

jarkata-skyline.jpg

Ibu negara Republik Indonesia Kota Metropolitan Jakarta yang padat dengan populasi penduduknya 11 Juta Orang

Kerajaan Republik Indonesia merancang untuk memindahkan ibu kota negaranya yang kini berada di Jakarta dan berkemungkinan ke Kalimantan kerana daerahnya yang masih luas dan tidak ada gempa bumi.

Ketua Badan Perencanaan dan Pembangunan Nasional (Bappenas), Bambang Brodjonegoro berkata, persiapan untuk pemindahan ibu kota negara dari Jakarta ke kota lain akan dimulakan pada tahun 2018.

Sebelum ini, lokasi baharu yang diuar-uarkan media di sini ialah Palangkaraya, Kalimantan Tengah di Pulau Borneo.

Sebenarnya, idea memindahkan ibu kota telah mulai dicetuskan oleh Presiden Sukarno pada 1960-an.

Menurutnya, tahun depan akan dimulai penyusunan konsep pusat pentadbiran pemerintahan baru.

“Kajian sedang dilakukan dan dijangkakan selesai sebelum akhir tahun ini,” katanya di sini, pada Rabu.

Memetik laporan kompas antara faktor kenapa ia perlu mencari tempat baharu adalah disebabkan faktor beban yang ditanggung Jakarta sebagai pusat perdagangan utama selain menjadi kota pemerintahan.

Dengan populasi penduduk Jakarta melebihi 11 juta orang ia sudah cukup padat sekaligus menyukarkan perancangan kerajaan dengan kos juga yang terus meningkat.

Pemindahan ibu kota negara itu akan memudahkan kerajaan menjalankan perancangan di masa hadapan.

Loading...
scroll to top