Militan Moro Tunjuk Taring

MILITAN menawan sebuah sekolah rendah dan menjadikan sekumpulan orang awam sebagai tebusan selepas menyerang satu pos tentera di Pigcawayan, berdekatan Marawi di Mindanao, hari ini.

Dianggarkan 200 militan menyerang pos tentera yang hanya ada 30 anggota pada subuh, sebelum menawan sekolah berkenaan.

Jurucakap tentera, Kapten Arvin Encinas, berkata mereka kini berlindung dalam sekolah dengan menjadikan orang awam sebagai tebusan, sebagai perisai.

“Mereka juga memasang bom di sekeliling sekolah yang kini dikepung tentera,” katanya. Menurutnya, tentera percaya ada sekitar 20 tebusan dijadikan tebusan.

Seorang lagi jurucakap tentera, Restituto Padilla, berkata kumpulan militan itu dari Pejuang Pembebasan Bangsa Moro (BIFF), satu daripada empat kumpulan di Mindanao yang mengisytiharkan sokongan kepada kumpulan Negara Islam (IS).

Pihak berkuasa percaya serangan BIFF itu bertujuan mengganggu dan mengalihkan perhatian operasi ketenteraan terhadap militan Maute di Marawi.

Menurut Padilla, kumpulan militan itu menyerang pos tentera secara mengejut pada subuh, berbalas tembakan sebelum berundur ke sekolah berkenaan.

Loading...

Leave a Reply

arrow