Nyaris Buta

Kanak-kanak-nyaris-buta.jpg

Chiangshun (China): Seorang kanak-kanak perempuan nyaris buta selepas damak yang dibaling sepupunya secara tidak sengaja melekat pada dahinya.

Kanak-kanak itu dikatakan sedang bermain apabila sepupunya yang menjumpai damak berkenaan di tepi jalan membaling ke arahnya, menyebabkan ia terpacak dekat dengan kening mangsa.

Menurut laporan media tempatan, kanak-kanak itu dibawa datuknya ke hospital di Changshun. Bagaimanapun, kerana kes itu dikatakan serius, dia dipindahkan ke sebuah hospital lebih besar.

Menurut ibu mangsa, seorang pakar neuro terpaksa dipanggil untuk membantu pembedahan kerana bimbang kemungkinan damak itu mengena tisu otak.

Bagaimanapun, selepas pembedahan selama lima minit, kanak-kanak itu disahkan selamat.

Seorang doktor berkata, proses pembedahan kelihatan ringkas dan mengambil masa singkat, tetapi realitinya, berbahaya. – Agensi

Loading...
scroll to top