Siar gantung anak di FB Live

Siar-gantung-anak-di-FB-Live.jpg

Bangkok: Seorang lelaki yang kecewa menyiarkan secara langsung di Facebook (FB) ancamannya untuk menggantung anak perempuannya berusia lima tahun.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Wichai Kwanprom menyiarkan video melalui FB Live cubaannya membunuh anaknya itu – beberapa hari selepas seorang lelaki di Phuket menggantung hingga mati anak perempuannya berusia 11 tahun, juga disiarkan melalui FB Live sebeleum membunh dirinya.

Dalam video di rumahnya di wilayah Phetachabun, Kwanprom meletakkan tali pada leher anaknya sambil berkata: “Tali ini akan menghantar saya dan anak ke tempat lebih baik.”

Dia kemudian membuang tali itu dari leher anaknya selepas budak itu mula menangis.

Menurut laporan Coconuts Bangkok, dia kemudian memberitahu polis berbuat demikian hanya untuk menarik perhatian isterinya, yang dituduhnya curang.

Jurucalkap polis, Leftenan Kolonel Kritsanapong Patsit, berkata lelaki itu dibebaskan selepas dinasihati dan pihak berkuasa yakin dia tidak berniat buruk terhadap anaknya.

Menurutnya, Kwanprom yang bekerja di Bangkok, pulang ke kampung mendapati anaknya sendirian di rumah dan mendakwa isterinya bersama lelaki lain.

Wuttisan Wongtalay (kiri), mendukung seorang anaknya, manakala isterinya, Jiranuch Trirat, memegang anak perempuan mereka, Beta, 11 bulan.

Minggu lalu, Wuttisan Wongtalay, 20, menggantung hingga mati anak perempuannya, Beta, 11 bulan, dalam bangunan tinggal di Phuket dan menyiarkan video perbuatannya itu secara langsung di FB Live.

Dua video kejadian itu boleh ditonton di FB lelaki berkenaan selama 24 jam sebelum dipadamkan selepas mula disiarkan Isnin lalu. Video pertama ditonton 112,000 kali dan yang kedua, 258,000 kali.

Menurut media tempatan, Wongtalay mengesyaki isterinya, Jiranuch Trirat, curang dan mengancam membunuhnya sehari sebelum kejadian sebelum keluar dari rumah membawa anak perempuannya itu.

Jurucakap polis, Leftenan Kolonel Sanit Nookhong, berkata kejadian itu disebabkan cemburu. – DM

Loading...
scroll to top