‘Sultan’ diberkas Ugut Wanita Dengan Rakaman Video

Sultan-diberkas-Ugut-Wanita-Dengan-Rakaman-Video.jpg

DHAKA: Polis Bangladesh mengesahkan pihaknya sudah menahan suspek yang dikenali sebagai ‘Sultan Seks’ atas tuduhan mengugut puluhan wanita dengan rakaman video hubungan seks yang dilakukannya bersama mangsa.

Jurucakap unit polis elit Bangladesh, Ishtiaque Ahmed, berkata pihak polis menyerbu rumah Fuad bin Sultan yang terletak di sini, semalam, dan berjaya merampas komputer riba, pil methamphetamine dan video pornografi terbabit.

Beliau berkata, Fuad yang berkhidmat sebagai teman sosial lelaki membuat temu janji dengan pelanggan secara dalam talian, sebelum membawa mereka ke pangsapurinya untuk mengadakan hubungan seks.

“Dia akan merakamkan semua insiden itu, sebelum mengugut mangsa, yang sebahagian besarnya adalah wanita yang sudah berkahwin untuk mendapatkan wang.

“Kami berjaya menjumpai hampir 150 video membabit mangsa di dalam komputer ribanya,” kata Ishtiaque.

Sementara itu, Fuad didakwa mengikut undang-undang anti pornografi dan jika sabit kesalahan, dia bakal berdepan hukuman penjara selama 10 tahun.

Loading...
scroll to top