13 Kerusi DUN Baru Sabah Lulus

Kota Kinabalu, – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan rang undang-undang bagi menambah 13 lagi kerusi DUN menjadikan 73 kerusi kesemuanya yang akan dipertandingkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Cadangan mewujudkan 13 kerusi tambahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dibentangkan dalam sidang DUN diluluskan sebentar tadi.

Pembentangan dan usul Rang Undang-Undang tersebut dipersetujui oleh ahli dewan. Daripada jumlah 60 ADUN, sebanyak (55) bersetuju, (3) Tidak Bersetuju, (1) Berkecuali dan (1) Tidak Hadir.

13 kerusi Tambahan bagi DUN Sabah
Cadangan 13 kerusi Tambahan bagi DUN Sabah

Cadangan ini akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan seterusnya pengujudan dan persempadanan semula kerusi DUN Sabah.

Rang undang-undang yang dicadangkan Menteri Tugas-Tugas Khas ngeri, Datuk Teo Chee Kang itu mendapat sokongan 55 daripada 59 wakil rakyat yang hadir.

“Pertambahan ini mengambil kira jumlah penduduk, purata bilangan pemilih, peningkatan kemudahan asas dan infrastruktur yang perlu dibangunkan demi kemudahan rakyat,” katanya ketika mencadangkan usul rang undang-undang berkenaan.

Lokasi 13 kawasan DUN baru akan ditentukan oleh SPR selepas kajian dan pandangan dari pelbagai pihak.

Sementara itu ADUN Matunggong, Dato Jelani Hamdan akan mengemukakan cadangan 3 kawasan DUN baru iaitu Sikuati, Langkon dan Kanibongan.

Berita Dikemaskini:

Senarai 13 Kerusi Tambahan DUN Sabah
  1. N. 02 Bengkoka
  2. N. 06 Mangaris
  3. N. 08 Pintasan
  4. N. 13 Pantai Dalit
  5. N. 17 Darau
  6. N. 24 Tanjung Dumpil
  7. N. 27 Dambai
  8. N. 44 Tulid
  9. N. 47 Telupid
  10. N. 51 Sungai Manila
  11. N. 58 Lamag
  12. N. 61 Segama
  13. N. 70 Kukusanu

Baca juga : Syor 13 Kerusi baharu Dun Sabah dikekalkan

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow