84 Calon USNO putih mata

84-Calon-USNO-tak-dapat-tanding-gara-gara-RM870k-lesap.jpg

RM870k deposit lesap, 84 calon Usno tak dapat bertanding

Individu yang bertanggungjawab menguruskan kewangan dan memegang wang deposit bagi calon parti Usno Baru, dipercayai lesap dan tidak dapat dikesan.

Sehubungan itu, Anggota Majlis Tertinggi Usno Baru, John Kisil membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Menurut laporan yang dilihat Malaysiakini, Presiden Usno Baru, Dulli Tiaseh menyerahkan wang deposit untuk seramai 26 calon kerusi parlimen dan 60 calon kerusi DUN di Sabah kepada lelaki berkenaan pada Jumaat.

Bagaimanapun pada keesokannya, suspek menghilang diri ketika pemimpin-pemimpin Usno tiba di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kota Kinabalu untuk menyerahkan kertas pencalonan dan membayar wang deposit.

Berikutan itu, hanya dua calon Usno layak bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) selepas membayar deposit menggunakan wang mereka sendiri.

Kedua-duanya akan bertanding di kerusi DUN Balung dan Merotai di Sabah.

Pada hari yang sama, Dulli dan beberapa calon Usno datang ke rumah suspek di Kota Belud dan lelaki itu berjanji mengembalikan wang berkenaan pada sebelah petang, tetapi perkara itu tidak berlaku.

Media melaporkan polis Sabah kini sedang giat memburu suspek dan menyatakan lelaki itu mungkin telah melarikan diri. – MalaysiaKini

Sebuah klip yang membidas kredibiliti Shafie Apdal untuk mengubah Sabah.

Loading...
scroll to top