Ahli PBRS diminta Perkemas Jentera PilihanRaya

Ahli-PBRS-diminta-Perkemas-Jentera-PilihanRaya.jpg

KOTA KINABALU: Ahli Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) diminta bersiap sedia dan memperkemas jentera pilihan raya untuk menghadapi PRU14 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Setiausaha Agung PBRS Datuk Dr Johnson Tee berkata, PBRS sebagai anggota komponen Barisan Nasional (BN) akan memainkan peranan yang signifikan dalam PRU14 untuk memastikan rakyat terus memberikan sokongan kepada BN.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-6 PBRS Bahagian Karambunai/Parlimen Sepanggar di salah sebuah hotel di ibu negeri, pada Sabtu.

Katanya, PBRS juga sudah mengenalpasti calon dan kerusiuntukditandingidalam PRU14 di mana, cadangan mereka dikemukakan kepada pucuk pimpinan BN kelak.

Menurutnya, siapapun calon yang dipilih oleh BN untuk bertanding dalam PRU14, haruslah diberikan mandat oleh rakyat kerana itu adalah yang terbaik untuk mereka.

“BN satu keluarga besar, kadang-kadang timbul perselisihan kecil tetapi ia dapat diselesaikan melalui muafakat antara kepimpinan,” katanya yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Beliau juga mengingatkan betapa pentingnya perpaduan dan uniknya Sabah yang mempunyai penduduk berbilang kaum tetapi tetap hidup harmoni dan sejahtera.

Turut berucap di majlis itu ialah Ketua Bahagian PBRS Karambunai merangkap Naib Presiden PBRS Pusat Mejar (K) Dr Zhamriee  Ghulam Rasul.

Dalam ucapannya, Zhamriee meminta perwakilan memasyarakatkan politik yang sihat terutamanya dalam kalangan generasi muda.

“Kita perlu jalankan tanggungjawab untuk membudayakan politik yang sihat dan bukan memperkotak-katikkan politik dengan memandang “ BN satu keluarga besar, kadangkadang timbul perselisihan kecil tetapi ia dapat diselesaikan melalui muafakat kepimpinan,” katanya.

Beliau berkata, PBRS Karambunai banyak menjalankan program yang memenuhi aspirasi rakyat.

Katanya, PBRS adalah platform terbaik untuk mendekati masyarakat setempat melalui programprogram dan aktiviti yang dirancang.

Sebelum itu, Zhamriee terpilih semula sebagai ketua bahagian PBRS Karambunai bersama ahli jawatankuasanya termasuk dari kalangan profesional.

Loading...
scroll to top