Antara Machiavelli dan Mahathir, Siapa Lebih hebat ?

Antara-Machiavelli-dan-Mahathir-Siapa-Lebih-hebat.jpg

Antara Machiavelli dan Mahathir, Siapa Lebih hebat ?

OLEH: Musli Oli

Ramai yg komen kenyataan Menteri KKMM, Datuk Seri Dr Salleh Said tentang U-Turn Tun Mahathir terhadap DAP dan Lim Kit Siang dalam ucapan terbarunya di Gelang Patah malam tadi.

Menurut Dr. SSK, selama 44 tahun Tun Mahathir mengkritik DAP. Pendiriannya tiba2 berubah, jauh berbeza dgn Mei 2013 dimana beliau melabelkan Lim Kit Siang sbg ‘rasis’ dan patut di ‘dikebumikan’ saja di Gelang Patah.

Sudah tentu penyokong Umno-BN setuju dgn kenyataan Bendahari Umno itu. Ramai yg memetik atau share kenyataannya dan mengutuk Tun Mahathir sebagai pemimpin yg tiada pendirian dan tiada prinsip.

Dikalangan penyokong pembangkang dan peminat Tun Mahathir, mereka menghujah, tindakan Tun Mahathir satu bukti bahawa bekas PM adalah seorang pemimpin politik yg dinamik dan pragmatik.

Beliau tidak bersikap statik, sebab itu dia bersedia bertemu dan bersalam dengan Anwar Ibrahim dan menerima seteru politik lain yg pernah dipenjara semasa berkuasa dulu termasuk Mat Sabu, Lim Kit Siang, Guan Eng dan beberapa orang lagi.

Benarkah Tun Mahathir seorang pemimpin politik yg dinamik dan pragmatik atau sekadar seorang pengikut setia Machiavelli??

Kepada Machiavelli, politik adalah soal matlamat. Bagaimana mencapai matlamat itu tercapai adalah persoalan secondary. Maka muncullah istilah politik yg kerap disebut dalam ucapan2 Tun Mahathir – “matlamat menghalalkan cara”.

Saya pernah berhujah, jika Machiavelli masih hidup, dia sudah tentu akan menjemput Tun Mahathir ke Rome untuk mendalami lagi ilmu politiknya. Renung2kan….

Loading...
scroll to top