Antara Tun Razak dan Tun Mahathir

Antara-Tun-Razak-dan-Tun-Mahathir.jpg

Antara Razak dan Mahathir

Bila Tun Razak memilih pemimpin, dia mendahului kepentingan negara, bangsa dan agama daripada kepentingan politik peribadinya.

Tun Hussien, Tun Mahathir dan Tan Sri Ghazali Shafie antara yg terbaik. Hussien dan Mahathir menjadi Perdana Menteri yang berjaya begitu juga Ghazali menjadi Menteri Dalam Negeri yang terbaik.

Tetapi Tun Mahathir pilih Musa Hitam yang lebih junior untuk singkir Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li kerana Ku Li boleh jadi sebagai pengganti yang lebih baik dari Musa.

Tun Ghaffar pula dipilih bukan dengan niat untuk bakal jadi penggantinya tapi sekadar jadi kusyen mengurangkan tentangan dari musuh politik.

Anwar diberi laluan mudah dengan niat melenyapkan pengaruh Musa, Ku Li dan Ghaffar sekaligus.

Semua mereka “tenggelam” kerana Tun Mahathir memilih pemimpin bukan melihat kepentingan negara tapi kepentingan politiknya.

Selepas itu bila dia pilih Pak Lah dan Najib, Tun Mahathir masih anggap kedua pemimpin itu dari perspektif yang sama sewaktu memilih Musa, Ghaffar dan Anwar Ibrahim.

Hebatnya Mahathir tetapi kenapakah gagal memilih yang terbaik sebagai penggantiya? Fikir2kanlah..

Baca Juga :

Perbandingan Najib dan Mahathir di mata Orang Sabah

Perbandingan Najib dan Mahathir di mata Orang Sabah

Loading...
Musli Oli

Musli Oli

Penulis Politik Bebas. Saya Menulis Untuk Rakyat BUKAN Untuk Mana-mana Parti Politik. "Dilema Sabah" Buku Tulisan Untuk Memberi Kesedaran Kepada Semua.

scroll to top