Bekerjasama Untuk kebaikan Rakyat Negeri Sabah

Bekerjasama-Untuk-kebaikan-Rakyat-Negeri-Sabah.jpg

Kenyataan oleh Datuk Seri Anifah Haji Aman

Kenyataan oleh Datuk Seri Panglima Anifah Aman (DSPSAA) terhadap My Sabah dan kerjasama dengan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (DDJK) dan Datuk Yong Teck Lee (DYTL)


Sebagai Menteri Luar negara ini, saya seringkali bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau berada di luar Negara.

Kami membincangkan mengenai Dasar Luar Malaysia dan serta banyak isu untuk mengatur langkah dalam dunia yang pantas berubah. Kita perlu menjadi lebih dinamik untuk menjadi sebuah negara kecil yang boleh menjadi kuasa global.

“Berbeza dengan pandangan beberapa pihak, Najib sangat disegani dan dihormati oleh pemimpin-pemimpin negara asing termasuk raja-raja, Presiden dan Perdana Menteri.

Bertemu Perdana Menteri menyerahkan memorandum

Beliau sangat pintar dan tegas tetapi lebih penting, beliau sentiasa mendengar pandangan orang lain. Saya merasa sangat selesa bekerjasama dengannya.

Dipendekkan cerita, saya sendiri pernah mengajukan pandangan mengenai beberapa isu Sabah dan Najib mendengar dan menimbangkannya.

Adakah kita mendapat layanan yang adil di dalam Malaysia? Apakah janji dan jaminan dalam Perjanjian Pembentukan Malaysia telah dilaksanakan dan dipenuhi dalam pembentukan Malaysia?

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan adalah antara individu yang lantang memperjuangkan perkara ini sejak 20 tahun lalu dengan membangkitkan isu-isu seperti Perjanjian 20 Perkara Sabah, Perjanjian Malaysia dan lain-lain, namun tidak ada sesiapapun yang peduli terhadap isu yang beliau bangkitkan. Saya mula berfikir bagaimana untuk menyatukan rakyat Sabah dengan mengenepikan kepentingan politik dalam hal ini demi untuk kebaikan bersama.

Saya mula menghimpunkan individu seperti Ansari Abdullah, seorang peguam yang saya rapat dengan beliau ketika dalam persatuan bolasepak negeri beberapa tahun dahulu. Barangkali mungkin tidak ramai yang tahu bahawa saya adalah Presiden Pelajar Sabah dan Datuk Yong Teck Lee berada dalam jawatankuasa itu dan kami bersama-sama berjuang hak-hak kami pada waktu itu.

Saya telah menjemput mereka dan menekankan kepada mereka bahawa saya tidak berminat dalam politik mereka. Mereka boleh meninggalkan politik mereka di rumah dan bekerja dengan saya sebagai rakyat Sabah kerana saya mempunyai akses terus kepada Perdana Menteri yang bersimpati dengan perasaan kita yang tidak puas hati untuk melakukan sesuatu.

Apa yang saya lakukan ? Saya telah menganjurkan forum ‘Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963’ dengan menyatukan semua mereka yang mempunyai tahap pemikiran yang hebat termasuk peguam perlembagaan yang terkenal dan individu terkemuka lain sebagai panel. Forum tersebut telah dihadiri lebih 7 ribu orang.

Forum: Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 Siri 2 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah – Foto djkupang

Datuk Dr Jeffrey Kitingan (DDJK), Yong Teck Lee dan Ansari Abdullah serta beberapa ahli panel lain telah berkongsi pentas forum sama. Mereka masing-masing berhujah perkara berkaitan ‘Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963’ melalui kacamata mereka. Pembentukan MY Sabah adalah untuk berkongsi pemikiran seperti ini.

Di manakah politik dalam hal ini ??? Saya juga telah menjemput beberapa pemimpin pembangkang yang lain pada ketika itu tetapi mereka tidak pernah memberi maklum balas.

Saya memberitahu DDJK supaya beliau menyediakan satu memorandum dan kami akan telah mengemukakan memorandum itu kepada Perdana Menteri yang tiada kaitan dengan politik atau atas kepentingan tertentu.

Apakah kesalahan orang-orang ini yang  bekerja demi menyelamatkan apa yang sepatutnya hak milik kita!

Dalam proses itu ramai rakyat Sabah begitu komited menyumbang fikiran mereka termasuk Fuad, Datuk James Ligunjang, Tan Sri Gani Patail, Roland C dan ramai lagi termasuk TS Simon dan Dr Chong mengenai RCI. Saya amat terhutang budi dengan Fuad yang ke London untuk melakukan perkara-perkara yang perlu dan berunding dengan QCs.

Dalam perkara ini, kami terus ke hadapan manakala pihak yang berkenaan terus membuang masa dan hanya menyalahkan orang lain sedangkan  adalah lebih baik jika mereka juga berusaha untuk berbuat sesuatu.

Kepada mereka yang berkenaan tanyalah diri anda apakah yang telah anda lakukan untuk negeri Sabah ketika anda mempunyai kuasa dan kedudukan untuk berbuat sesuatu kepada negeri ini.

Saya berterima kasih kepada DDJK dan semua pihak yang ikhlas bersatu sebagai rakyat Sabah untuk sama-sama menuntut apa yang sepatutnya menjadi milik kita.

Ini adalah masa dan peluang terbaik untuk rakyat Sabah bersatu untuk tujuan yang sama. Saya boleh beri jaminan bahawa Perdana Menteri tidak akan menghantar anda ke Universiti Kamunting! Semoga Tuhan memberkati Malaysia. Semoga Tuhan memberkati Sabah. Negara yang kukuh dan stabil terbaik untuk kita semua.  -Tamat-

Kem Tahanan Kamunting merupakan ‘universiti kedua’ bagi kebanyakan ahli politik Malaysia yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA)

Loading...
scroll to top