Dakwaan Parti Warisan Sabah Tidak Benar

dakwaan-parti-warisan-sabah-Tidak-benar.jpg

Yusof Apdal (Ketua UMNO Bahagian Silam)

Seramai 25 ketua cawangan bahagian Silam keluar parti dan menyertai parti Warisan Sabah (PWS)

Siasatan yang dilakukan mendapati mereka yang terlibat dalam laporan itu adalah ahli parti yang tidak setia dan pernah mempunyai rekod keluar parti semasa pilihan raya sebelum ini.

”Siasatan dan laporan mendapati mereka yang terlibat itu bukan ketua cawangan sebaliknya ahli biasa dan kita akan membuat tindakan susulan peringkat bahagian terhadap mereka,”katanya.

Beliau yang juga wakil rakyat Lahad Datu berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas laporan beberapa Ketua Cawangan Umno Silam keluar parti dan menyertai PWS yang diterajui Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

KLIK untuk Baca: Jawapan Terhadap Tuduhan Shafie Apdal

Terdahulu beliau berkata Silam perlu terus menjadi kubu kuat Umno ekoran keahlian teramai seluruh negara dengan mengekalkan perpaduan semasa sendiri dan berusaha menawan hati rakyat demi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sehubungan itu beliau menggesa agar 478 Cawangan Umno Bahagian Silam tidak terpengaruh dengan perjuangan parti pembangkang yang tidak mempunyai hala tuju jelas dan berupaya merosakkan masa depan negara.

Katanya, kepimpinan parti dan negara telah berada di landasan yang betul untuk seluruh rakyat dengan pelbagai rancangan yang bermanfaat dengan matlamat dan hala tuju jelas membawa negara ke mercu kemajuan.

”Apakah dengan menyertai perjuangan parti pembangkang itu boleh membela masa depan anak bangsa kita sedangkan kita telah maju di bawah kepimpinan Presiden Umno selaku Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman,” ujarnya.

Perkara Berkaitan Berita di laman sosial:

Loading...
scroll to top