Jawatankuasa Khas Kabinet semak MA63

Jawatankuasa-Khas-Kabinet-semak-MA63.jpg
Datuk Liew Vui Keong

Datuk Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) yang juga adalah Ahli Parlimen Batu Sapi yang

KOTA KINABALU: Cadangan untuk mewujudkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak dan menyelaraskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) secara adil akan dikemukakan kepada Kabinet, minggu depan untuk kelulusan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong, berkata beberapa nama termasuk ahli akademik dan mereka yang mempunyai pengetahuan berkaitan Sabah dan Sarawak akan menganggotai jawatan kuasa itu.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya sembilan hingga 11 individu akan menganggotai jawatan kuasa itu termasuk wakil daripada pembangkang.

“Sekurang-kurangnya sembilan hingga 11 ahli jawatankuasa ini dengan masing-masing tiga dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung serta satu atau dua daripada pembangkang.

“Jawatan kuasa Khas Kabinet untuk mengambil kira status Sabah dan Sarawak mengikut MA63, kini dalam proses untuk ditubuhkan. Kita juga akan serahkan nama ahli jawatan kuasa itu minggu depan untuk kelulusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pejabat Ketua Menteri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini hari ini.

Mengulas mengenai jawatan kuasa itu, Vui Keong berkata, selepas ditubuhkan, ia akan mengemukakan laporan untuk tindakan selanjutnya dalam tempoh enam bulan selepas penubuhannya.

Mengenai pertemuan dengan Ketua Menteri, beliau berkata beberapa isu berkaitan undang-undang dimaklumkan.

“Ini termasuk berkaitan Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya. – Berita Harian

Berita Berkaitan

Tragedi-Double-Six.jpg

Tragedi Double Six

TRAGEDI DOUBLE SIX Tulisan Asal: ¬†MUSLI OLI Tarikh 6.6.1976 akan saya kenang sampai bila-bila. Saya baru berusia 16 tahun 4 bulan ketika…

Loading...
scroll to top