Kerajaan Warisan/Upko & gabungan parti ‘Malaya’

shafie-Madius.jpg

KOTA KINABALU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, Kerajaan Gabungan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Upko sekarang ditubuhkan hasil gabungan dengan parti-parti ‘Malaya’.

Katanya, rakyat Sabah tahu bahawa kerajaan negeri sekarang ini bukanlah kerajaan gabungan Warisan dan Upko semata-mata, tetapi kerajaan yang ditubuhkan hasil gabungan bersama Warisan, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Upko.

Beliau berkata, umum mengetahui bahawa Warisan tidak mempunyai cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan negeri sendiri, tanpa bergabung dengan PKR dan DAP, dan kemudiannya Upko.

“Parti Warisan tidak memenangi PRU14. Ia terpaksa bergabung dengan PKR dan DAP untuk seri dengan BN, dan hanya dapat menubuhkan kerajaan negeri apabila bergabung dengan Upko.

“Pemangku Presiden Upko, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau silap apabila mengatakan tiada Malaya dalam kerajaan negeri gabungan sekarang kerana PKR dan DAP sememangnya parti Malaya.

“Justeru, sebenarnya kerajaan negeri Sabah sekarang ini tidaklah bebas daripada parti-parti Malaya, kerana adanya pemimpin-pemimpin PKR serta DAP memegang jawatan sebagai menteri dan pembantu menteri,” katanya.

“Jika saya Madius, saya akan berhati-hati ketika bercakap supaya tidak menyinggung perasaan pemimpin PKR dan DAP.”

Gabungan Kerajaan Warisan/UPKO dengan parti politik Malaya. Kelihatan Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong (Paling depan dua dari kanan) dan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew ketika sidang media pembentukan kerajaan Sabah selepas keputusan PRU 14 diketahui pada Mei lalu.

Hajiji mengulas kenyataan Madius di media massa yang menyatakan beliau dan Upko lari daripada Umno kerana tidak mahu berada di bawah cengkaman Umno.

Upko kata Madius, kini berada dalam zon lebih selesa kerana tidak lagi dibuli di samping mahu menggunakan budaya Sabah dari segi politik dan tadbir urus seperti Sarawak serta tidak perlu budaya Malaya ada di sini.

Hajiji mempersoalkan sekiranya Upko dan Madius menolak budaya Malaya dari segi politik, kenapa bergabung dengan Kerajaan Warisan-Pakatan Harapan.

Loading...
scroll to top