Sabah Ubah – Masihkah Menunggu 100 Hari ?

Musli-Oli-Sabah-ubah-Masihkah-Menunggu-100-Hari.jpg

MUSLI OLI - Penulis Prolifik Buku Politik, Penganalisis Politik

Slogan “Sabah Ubah" telah berjaya merobah lanskap politik negeri Sabah. Persoalan yg ditimbulkan, apakah matlamat Sabah Ubah itu sudah direalisasikan dengan memilih bekas2 YB dan bekas2 pengarah yg telah dilantik mengisi jawatan menteri dan pengerusi GLC? Apakah perubahan itu yg dikehendaki gen Y yg telah memberi sokongan yg tidak berbelah bahagi?

Memberi jawatan penting kepada “orang lama" sebagai menghargai jasa dan perjuangan mereka memang wajar. Tetapi mengekalkan begitu ramai “orang lama" untuk mengisi jawatan-jawatan Pengerusi GLC utama seperti SEDCO, Yayasan Sabah, Sabah Development Bank, dan lain-lain barangkali tidak menggambarkan hasrat perubahan dalam ertikata sebenarnya.

Ramai anak Sabah, anak-anak muda yang layak dan berkebolehan. Ada dikalangan mereka cukup berpengalaman dan berkelulusan tinggi hingga taraf PhD boleh diberi peluang untuk membawa pendekatan baru dalam pengurusan syarikat kerajaan. Barangkali nama2 seperti Dr Kasim Mansur boleh dipinjamkan dari UMS untuk mengetuai salah satu GLC di Sabah. Pemilihan Datuk Hashim Paijan sebagai SKN baru disambut baik. Namun masih ramai anak2 muda Sabah yg tidak diberi tempat sewajarnya. Tak kira apa bangsa dan agama mereka perlu diberi peranan. Ramai yg berkhidmat di Semenanjung boleh dipanggil berkhidmat untuk membawa idea2 baru demi kemajuan dan perubahan.

Di Semenanjung dan peringkat Persekutuan ternyata aspirasi orang muda telah tertunai dengan pemilihan ramai pemimpin muda seperti Menteri Belia, Menteri Pelajaran dan Menteri KKLW. Ramai anak muda juga diberi tempat dalam GLC Persekutuan.

Sabah tidak akan berubah jika kerajaan hari ini terus menggunakan khidmat pemain2 lama dalam pentadbiran dan perniagaan. Dalam bidang perniagaan kabarnya geng2 lama seperti Datuk Ambrose Lee, KK Chai dan beberapa nama lagi mula kembali diperanan besar mengatur kontrak2 besar seperti Tanjung Aru Development (TAD) daripada towkey2 kerajaan lama.

Persoalannya dimana tempat anak2 muda Sabah yg benar2 menuntut perubahan?

Loading...
Musli Oli

Musli Oli

Penulis Politik Bebas. Saya Menulis Untuk Rakyat BUKAN Untuk Mana-mana Parti Politik. "Dilema Sabah" Buku Tulisan Untuk Memberi Kesedaran Kepada Semua.

scroll to top