Terrence Cadang Yong tidak susahkan diri ‘ajar’ Darell

Terrence-Cadang-Yong-tidak-susahkan-diri-ajar-Darell.jpg

Bendahari Agung Parti Warisan Sabah ,Terrence Siambun

Bendahari Agung Parti Warisan Sabah ,Terrence Siambun mencadangkan supaya Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee tidak menyusahkan dirinya dengan memberi arahan dan petunjuk kepada Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking terutama mengenai isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 dan hak Sabah kerana isu-isu itu adalah dekat dalam hatinya.

Beliau mengulas kenyataan bekas ketua menteri Sabah itu yang mengingatkan Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking, berhubung  tuntutan hutang kerajaan persekutuan ke atas Sabah sebanyak RM1 trilion yang dibangkitkannya tahun lalu dalam sebuah portal.

ANGKAT SUMPAH.. Perlantikan Terrence Siambun sebagai ADUN dilantik di Dewan Undangan Negeri Sabah

Siambun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik berkata adalah menjadi hak mutlak Sabah untuk terus membangkitkan isu itu tetapi WARISAN akan menggunakan pendekatan yang berbeza daripada yang didakwa oleh SAPP dan gabungannya dalam Gabungan Sabah (GS).

“Hak 40 peratus ini kepada Sabah telah dipersetujui oleh semua selama bertahun-tahun semasa Pembentukan Persekutuan Malaysia dan dipersetujui. Oleh itu, tidak timbul persoalan mengenai isu ini,” kata beliau dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu.

Terrence menegaskan SAPP gagal menjatuhkan Barisan Nasional (BN) Sabah dalam tiga pilihan raya umum (PRU) yang terakhir.

Sehubungan itu jelasnya, tidak masuk akal bagi Warisan mengamalkan pendekatan parti yang pemimpinnya tidak dapat menjamin kedudukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“SAPP tidak sepatutnya memberitahu Warisan bila dan bagaimana untuk meneruskan tuntutan itu. Sebagai rakan kongsi pengasas Persekutuan Malaysia, kita perlu praktikal dalam perkara ini. Kita dapat lihat dengan jelas pendekatan dan strategi Sarawak untuk mendapatkan semula hak negara di samping mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan,” jelasnya.

Beliau berkata, langkah kerajaan Sarawak itu lebih baik berbanding pendekatan ‘gung-ho’ SAPP dan Yong Teck Lee.

Tambahnya lagi “Darell dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu satu daripada kementerian paling penting di Malaysia oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kita semua tahu bahawa Tun Dr Mahathir adalah berhemah, sangat berdisiplin dan amat dihormati sebagai seorang negarawan.

“Jadi, kita dapat membuat kesimpulan bahawa beliau (Dr Mahathir) telah melihat kualiti kepimpinan Darell yang melayakkan beliau menjadi Menteri Persekutuan dan pemimpin Sabah,” katanya.

Loading...
scroll to top