Tinggalkan Upko, tidak beri kesan serius: Madius beritahu Shafie

Tinggalkan-Upko-tidak-beri-kesan-serius.jpg

Shafie menerima manifesto UPKO daripada Madius (kiri) pada Persidangan Perwakilan Luar Biasa UPKO 2018 pada Mei lalu

ISU Parti UPKO

KOTA KINABALU: Tindakan bekas Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Arthur Sen mengundurkan diri dari parti tidak beri kesan serius.

Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Warisan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau sudah memaklumkan beliau tentang perkara itu lebih awal.

“Ia membabitkan sedikit faktor dalaman dan beliau (Madius) sendiri menyatakan ia tidak memberi kesan serius terhadap parti.

“Isu ini tidak membebankan kerana Upko adalah sebahagian dari Warisan dan juga kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Justeru, kalau ada apa-apa yang perlu dibantu, kami akan bantu beliau,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke pusat penempatan mangsa kebakaran di Dewan Serbaguna Likas, di sini baru-baru ini.

Berita Berkaitan:

Loading...
scroll to top